Tetamu Allah

Suib : Wak ! Aku memang tak puas hati dengan orang mesjid...
Wak : Orang mejhid? Shiape? Aphe yang kamu tak puash atinye?
Suib : Aku ikut nasihat wak la, berhenti berjudi, tak minum arak, bertaubat, rajin2 pegi mesjid..alih2 diorang tengok aku semacam je. Bisik2 lak tu, siul betul wak. Aku tau wak, aku dulu teruk, aku memang jahil. Nasib wak tak jemu2 nasihatkan aku. Aku percaya kat surga neraka wak. Aku mintak ampun dengan Allah. Tapi tak tahan panas hati ni wak..apa diorang ingat diorang tu confirm masuk surga apa. Ekalaaa..!
Wak : Ni Shuib, kamu kena inghat lo, mejhid itu rumah Allah, kalau kamu datang bererti kamu menjhadi tetamunya. Tetamu Allah itu shanget mulia. Mejhid itu yo bukan rumah kamu yo bukan rumah orang2 itu. Jhadi kamu harus pikirkan pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Mereka jhuga kena jhaga amanah Allah kerana itu bukan rumah mereka.
Suib : Ye! betul cakap wak. patutnya aku peduli pasal nasib aku depan Allah esok2..diorang bukan boleh bagi apa2 kat aku esok2. Fuh! Lega sikit wak rasa hati ni.
Wak : Yang kamu ni pun shatu, ni kamu kan balik dari mejhid?
Suib : Yela wak! tu la pasal hangin semacam je tengok perangai diorang tu.

Wak : Patut pun dia orang tengok kamu macam tu, yang kamu pake sual (seluar) pendek tu kenapa? Lagi shatu, dia orang itu bishik2 wak rasha bukan ape, diorang takut nak tegur kamu, nanti kena penumbuk 8 gantang kamu tu..
Suib : Aku ikhlas wak, walaupun pakai seluar pendek jer..lagipun aku boleh terus main bola nih. aku pun dah tak tumbuk2 orang dah, insaf dah.
Wak : Memang idup ni kena ikhlas tapi kalau pake sual pendek mana sah sembayang kamu tu. Niat kena bersih tapi amal pun kena betull. Udah! ambik kain ni, sembayang balik asar tadi. Tak sah sholat kamu. Nanti Maghrib pake kain elok2, kamu ikut aku ke mejhid. Yo bukan shalah orang mejhid kalau begini.
Suib : Erk! semayang balik ke wak. Tadi tak aci ker?
Wak : Waduh! ye udah, kamu buat aje dulu, maghrib karang ikut aku jumpe pak imam, belajar cara ibadah yang betul. Lepash itu, terpulang ke pak imam, bila lagi nak ajar kamu.
Suib : Adus! Malu la wak...
Wak : Baik malu kat dunia ketimbang malu di akhirat. Udah! Udah! Cepet...
Suib : Ok ok la wak. Ni nak semayang la ni. ALLAUAKBAR!

Read Users' Comments (0)

Jantan Sial

Limah : Wak! Wak! Tolong saya wak...
Wak : Waduh! Kenapa kamu ni Limah? Pagi-pagi lagi kok dateng mintak tolong..
Limah : Laki saya Wak..Sudin. Dia nak ke orang laki. Apa kurangnya saya Wak. Kan saya pompuan. Saya layan Abang Sudin penuh Wak. Kenapa Abang Sudin buat saya macam ni!!?
Wak : Apa? Sudin nak ke orang laki. Bethul ke kamu ni Limah?
Limah : Iya Wak. Pagi tadi lepas balik masjid dia telepon Mamat suruh bawak jantan tu. Macam mana ni Wak? Tolong la Wak, dia dengar cakap Wak...
Wak : Tenang! Tenang! Nanthi Wak shiashat. Kamu balik dulu, jhangan buat bhenda-bhenda pelik. Ingat thu...banyakkan ishtighpar. Biashanya mashe ni dia ada di kedai Mamat.
Limah : Baiklah Wak...

...

Wak : Asshalamualaikum!
Sudin : Waalaikumsalam..haa Wak! Mai minum sekali.
Wak : Mhemang pun Wak nak minum. Haus ni..kamu dari mana Sudin?
Sudin : Ohh...saya darhi rumah Wak, singgah sat minum, tengah tunggu Hamid, dia ajak buat rhumah burhung layang kat tanah dia tepi sungai nun...
Mamat : Wak nak minum apa Wak?
Wak : OO..iya. Kopi O pekat kurang manish ya.
Sudin : Untung la kamu Mat. Jimat gula sikit. Gula naik harga la ni.
Mamat : Serupa je, kena tambah pulak susu lebih kat Jantan kamu tu.
Sudin : Haha! baru melekit manih sikit.
Wak : Wah, apa yang jantan, apa yang melekit ni Sudin?
Sudin : Ala..Mamat ni ha Wak. Saya dah habaq kat dia saya nak minum kopi Jantan, pueh dah minum kopi Radix. Sekali-sekali nak tukar rhasa la.

Wak : Lho..itu jantan kamu rupanya. Abis...tak minum Radiks lagi lah?
Sudin : Jantan ni sekali sekala je Wak...Radix tu baguih sebab herba dia, saya kerja kasaq macam ni kena la ada tenaga tambahan sikit.
Wak : Mujur kopi Jantan Sudin, aku ingatkan jantan mane yang kamu nak manish-manish tu.
Sudin : Isk! Ke situ pulak Wak, ahh! Takpalah Wak...tu Hamid sampai dah. Mat! Kirha semua sekali...

Read Users' Comments (0)