Tetamu Allah

Suib : Wak ! Aku memang tak puas hati dengan orang mesjid...
Wak : Orang mejhid? Shiape? Aphe yang kamu tak puash atinye?
Suib : Aku ikut nasihat wak la, berhenti berjudi, tak minum arak, bertaubat, rajin2 pegi mesjid..alih2 diorang tengok aku semacam je. Bisik2 lak tu, siul betul wak. Aku tau wak, aku dulu teruk, aku memang jahil. Nasib wak tak jemu2 nasihatkan aku. Aku percaya kat surga neraka wak. Aku mintak ampun dengan Allah. Tapi tak tahan panas hati ni wak..apa diorang ingat diorang tu confirm masuk surga apa. Ekalaaa..!
Wak : Ni Shuib, kamu kena inghat lo, mejhid itu rumah Allah, kalau kamu datang bererti kamu menjhadi tetamunya. Tetamu Allah itu shanget mulia. Mejhid itu yo bukan rumah kamu yo bukan rumah orang2 itu. Jhadi kamu harus pikirkan pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Mereka jhuga kena jhaga amanah Allah kerana itu bukan rumah mereka.
Suib : Ye! betul cakap wak. patutnya aku peduli pasal nasib aku depan Allah esok2..diorang bukan boleh bagi apa2 kat aku esok2. Fuh! Lega sikit wak rasa hati ni.
Wak : Yang kamu ni pun shatu, ni kamu kan balik dari mejhid?
Suib : Yela wak! tu la pasal hangin semacam je tengok perangai diorang tu.

Wak : Patut pun dia orang tengok kamu macam tu, yang kamu pake sual (seluar) pendek tu kenapa? Lagi shatu, dia orang itu bishik2 wak rasha bukan ape, diorang takut nak tegur kamu, nanti kena penumbuk 8 gantang kamu tu..
Suib : Aku ikhlas wak, walaupun pakai seluar pendek jer..lagipun aku boleh terus main bola nih. aku pun dah tak tumbuk2 orang dah, insaf dah.
Wak : Memang idup ni kena ikhlas tapi kalau pake sual pendek mana sah sembayang kamu tu. Niat kena bersih tapi amal pun kena betull. Udah! ambik kain ni, sembayang balik asar tadi. Tak sah sholat kamu. Nanti Maghrib pake kain elok2, kamu ikut aku ke mejhid. Yo bukan shalah orang mejhid kalau begini.
Suib : Erk! semayang balik ke wak. Tadi tak aci ker?
Wak : Waduh! ye udah, kamu buat aje dulu, maghrib karang ikut aku jumpe pak imam, belajar cara ibadah yang betul. Lepash itu, terpulang ke pak imam, bila lagi nak ajar kamu.
Suib : Adus! Malu la wak...
Wak : Baik malu kat dunia ketimbang malu di akhirat. Udah! Udah! Cepet...
Suib : Ok ok la wak. Ni nak semayang la ni. ALLAUAKBAR!

Read Users' Comments (0)